Pemaju gaya hidup yang berdedikasi kepada penghasilan pembangunan bertaraf tinggi dengan nilai unggul.
Berteraskan legasi Gagasan Nadi Cergas Berhad, kami memanfaatkan pengalaman serta kepakaran reka dan bina untuk menerajui projek berskala besar, sambil menyokong agenda nasional melalui pembangunan kediaman mampu milik demi kesejahteraan rakyat.

Pelancaran
Kemensah
Heights
Kemensah Heights menandakan permulaan perjalanan kami dalam mencipta kediaman yang menggabungkan keanggunan seni bina dengan kualiti yang berkekalan. Bermula dengan pelancaran vila berkembar yang direka dengan teliti, Fasa pertama siap sepenuhnya pada tahun 2004 dan menetapkan penanda aras baharu bagi kehidupan mewah. Fasa kedua yang menyusul pada tahun 2008 melengkapkan sebuah komuniti eksklusif yang mencerminkan aspirasi kami untuk membina bukan sekadar rumah, tetapi nilai yang mampu diwarisi.
Pelancaran
Hevea
Kemensah
Kami memperkenalkan kediaman berkembar, kluster berkembar dan Superlink yang dibangunkan dalam dua fasa. Fasa pertama bermula pada tahun 2012 dan disiapkan pada tahun 2015, manakala fasa kedua siap sepenuhnya pada tahun 2016. Pembangunan ini menampilkan visi reka bentuk yang unik dan progresif oleh Inside Out Design (IOD), sebuah firma arkitek terkemuka dari Thailand.
Penceburan
dalam
Pembangunan Hartanah
Berteraskan kepakaran dalam bidang reka dan bina serta inovasi konsep, kami melangkah secara rasmi dalam arena pembangunan hartanah dengan penubuhan Nadi Cergas Development Sdn Bhd.
Pelancaran
Antara Residence
Sebagai antara pembangunan perintis di Putrajaya, Antara Residence memperkenalkan konsep kehidupan bertingkat tinggi yang inovatif melalui taman langit (sky garden) di setiap tingkat kediaman serta taman bumbung (roof garden) yang direka untuk menggalakkan interaksi dan keakraban komuniti. Pembangunan ini turut menawarkan pemandangan panoramik yang mengagumkan menghadap ibu negeri Malaysia.
Pelancaran Selindung Daun
Selindung Daun merupakan pelan induk pembangunan bercampur seluas 116 ekar yang terletak dalam persekitaran tenang Ulu Yam, antara khazanah alam semula jadi Selangor yang masih terpelihara. Pembangunan ini menawarkan pelbagai pilihan rumah teres, rumah berkembar dan kediaman mampu milik yang mengutamakan reka bentuk serta kualiti setanding kediaman premium, dilengkapi dengan landskap yang menyeluruh serta kemudahan komersial, komuniti dan rekreasi yang menyokong kehidupan seharian.
Pelancaran Idaman Bukit Jelutong
Kami menggalas tanggungjawab untuk menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat menerusi inisiatif Idaman, yang bermula dengan pelancaran projek sulung Kediaman Idaman kami di Bukit Jelutong. Melangkaui piawaian yang ditetapkan, pembangunan ini menampilkan pelbagai kemudahan yang lazimnya hanya terdapat di kondominium mewah, termasuk kolam renang, gelanggang permainan, gimnasium, laluan joging, peralatan kecergasan luar dan landskap yang menyeluruh, tanpa berkompromi terhadap aspek reka bentuk dan kualiti.
Pelancaran Idaman Kwasa Damansara
Projek kedua dalam siri Kediaman Idaman kami ini terletak secara strategik di perbandaran KWASA Damansara yang pesat membangun dan menjadi tumpuan ramai. Pembangunan ini berada dalam jarak berjalan kaki dari stesen MRT, sambil menawarkan pelbagai kemudahan moden serta kualiti reka bentuk yang tinggi—ciri-ciri yang telah menjadi identiti dan keistimewaan Kediaman Idaman oleh Nadi Cergas.
Pelancaran Idaman Amani
Berikutan sambutan luar biasa terhadap pelancaran Kediaman Idaman, kami dengan bangganya memperkenalkan siri ketiga kami di Bandar Elmina. Selain kemudahan eksklusif dan nilai berkualiti yang menjadi identiti kami, para penghuni Idaman Amani turut berpeluang menikmati segala keistimewaan yang ditawarkan oleh Bandar Elmina – sebuah perbandaran terkemuka dan berjaya yang dibangunkan oleh Sime Darby.
Penubuhan Kumpulan

1999
2001
2012
2014
2018
2019
2022
2023
2024
JANJI KAMI
Dedikasi kami melangkaui sekadar pembinaan rumah — kami komited untuk menghasilkan kediaman mampu milik berkualiti tinggi yang nilainya berkekal sepanjang masa.
VISI KAMI
Menawarkan nilai tinggi dan berkekalan kepada masyarakat.
MISI KAMI
Melangkaui jangkaan pelanggan melalui penghasilan produk berkualiti tinggi dan mutu kerja yang cemerlang,
Mencipta ruang untuk masyarakat berkembang maju, menawarkan pengalaman gaya hidup yang komprehensif dan bermakna.
Memupuk hubungan proaktif bersama pelanggan dan pihak berkepentingan, mendalami aspirasi serta keperluan mereka, memacu kreativiti serta inovasi, dan penambahbaikan berterusan dalam aspek yang dilaksanakan.
Berusaha mencapai kecemerlangan dalam penghasilan serta penyampaian produk berteraskan profesionalisme dan etika kerja tertinggi.
NILAI-NILAI TERAS
Berorientasikan Insan
Prioriti kami adalah untuk memahami, memenuhi aspirasi dan keinginan pelanggan. Dengan pendekatan yang peka dan bertanggungjawab, kami komited menciptakan pengalaman hidup yang benar-benar memperkayakan serta memperhalus persekitaran kediaman bagi semua komuniti yang kami sokongi.
Pertukangan Berkualiti
Kami berpegang teguh kepada prinsip pertukangan unggul dengan menggabungkan inovasi dan kualiti secara harmoni. Setiap projek mencerminkan ketelitian terhadap setiap perincian, memastikan kediaman direka dengan penuh kehalusan untuk memperkayakan pengalaman hidup serta menawarkan suasana yang unik dan menginspirasikan.
Amanah & Kejujuran
Kami komited untuk memupuk kepercayaan dan konsistensi melalui pengalaman bertahun-tahun dengan kepakaran yang telah terbukti dalam industri. Dengan reputasi kukuh, konsistensi dan kualiti, kami memastikan bahawa setiap projek memenuhi piawaian tertinggi — memberikan keyakinan berkekalan serta ketenangan hati kepada pemilik-pemilik rumah.
Inovasi & Kreativiti
Kami mengutamakan inovasi dan kreativiti dalam setiap projek, sentiasa meneroka batas baharu untuk menawarkan ruang kediaman yang dinamik. Melalui gabungan reka bentuk kontemporari dan solusi innovatif, kami membina kediaman yang memenuhi keperluan semasa sambil menginspirasikan gaya hidup masa hadapan.
Integriti & Rasa Hormat
Setiap projek kami laksanakan dengan penuh integriti dan rasa hormat, berasaskan komitmen untuk memahami keperluan komuniti. Dengan menghargai kepelbagaian perspektif dan memupuk kerjasama, kami merangka solusi yang strategik untuk melestarikan kesejahteraan penduduk dan persekitarannya.